Sempena tengah free ya amat kat opis nih, aper lagi, blog surfing ler... and have been following the blog of this guy "Catatan Seorang Askar"... kengkadang, entrynyer memang funny giler...!!
read this one below, lepas baca, aku ketawa punyalah kuat, bebudak semua satu opis tengok aku semacam jer... aper ker halnya si Johan nih...? dah posa kurang pahala... haha... read on..
hope that si brader askar nih tak marah ler gua re-post dia punya entry kat blog gua nih... just too good that I have to share it with everybody..!! haha
Malam itu memang betul-betul gelap. bulan entah ke mana menghilang. langit hitam. pekat. Jasni dan rakan-rakan kadet duduk rapat-rapat. kerjasama bak kata jurulatih. tapi budak-budak kadet lebih kepada tak selesa.
seorang demi seorang budak-budak kadet dilepaskan ke dalam hutan. dalam kepekatan malam, hanya tali yang disambung dari pokok ke pokok menjadi panduan. malam itu ada permainan burung hantu. tapi bukan permainan burung hantu macam yang Jasni pernah main semasa dia dalam pasukan pengakap di sebuah sekolah di Lembah Keramat.
Jasni orang yang kelima dilepaskan. sepanjang perjalanan, mata Jasni memang cukup berwaspada. sekejap pandang ke kiri, sekejap ke kanan. kadang-kadang ada juga Jasni tengok ke atas pokok. takut-takut ada jurulatih yang menyamar jadi pocong tunggu atas pokok. sekurang-kurangnya, kalau disergah pun, takde lah Jasni menjerit macam budak perempuan. takdelah dia menjerit tak tentu pasal dalam hutan. malu juga kalau kawan-kawan dia tahu yang dia takut hantu. budak Lembah Keramat mana boleh takut hantu. hantu yang takut dengan diorang. budak Lembah Keramat berani memang lain macam. sebelum Lando pergi buat cerita Entiti (cerita yang rakam kewujudan entiti-entiti misteri tu), Jasni dan rakan-rakan sekolahnya dah lama buat kerja tu semua. cuma kawan-kawan Jasni tak bawa perakam video je. kalau tak, memang tak boleh cari makan Lando.
walaupun di tangan tiada jam, Jasni rasa macam dah dekat sejam dia berjalan. letih. badan pun berpeluh lain macam. peluh malam memang lain macam dia punya letih. Jasni waswas. jalan dah lama, jalan keluar tak jumpa-jumpa lagi. ada juga terlintas di fikiran Jasni mungkin dia disorok bunian. tapi ayah Jasni pernah cakap, orang bunian ni sorok orang yang badan bersih, takde parut sahaja. tapi badan Jasni macam-macam jenis parut ada. dari parut panjang di betis akibat terkena baldi pecah sehinggalah parut kecil akibat terkena tetakan pisau semasa cuba menolong ayahnya memotong dahan-dahan kayu. tak mungkin dia disorok bunian. Jasni mengambil keputusan untuk menyorok di sebatang pokok. tunggu kawan. Jasni nak berjalan berdua. selesa sikit. kalau sesat berdua dalam kampung bunian pun, sekurang-kurangnya ada juga rakan berborak.
lama Jasni menunggu di balik-balik rimbunan semak. bayang kawan tak juga timbul-timbul. Jasni mula gelisah. budak-budak kadet memang cepat gelisah. tak sempat fikiran Jasni melayang ke kampung bunian buat kali kedua, terdengar bunyi dedaunan dan ranting di pijak orang. Jasni cepat-cepat mengambil posisi. bahaya. buatnya yang datang tu jurulatih, silap-silap makan penampar juga Jasni sebab menyorok.
Jasni menarik nafas lega. senyuman terukir pada bibirnya. lega. nasib baik yang datang tu Khalis. ada juga teman. takdelah takut sangat. Jasni cuba memanggil Khalis dari sebalik rimbunan semak,
“psssttt...Khalis...”, Jasni memanggil dalam suara separuh berbisik.
mata Khalis membulat. cepat-cepat dia memandang keliling untuk melihat siapa yang memanggil.
“psssstttt...Khalis...aku kat sini”, Jasni bersuara dalam separuh berbisik.
“Minta maaf Tok! cucu tumpang lalu!”, Khalis tiba-tiba menjerit.
Jasni gelak bagai nak gila.
dari diari Jasni™

kah kah kah...!!!! terguling2 ketawa...!!
5 comments:
alaaa, da abis ke, mana pocongnye..?
haha
Pochong dia tak jadik keluar sebab ketawa terguling2...!! hahaha...!!
kah..kah..!
mmg lawak...
kaaannnn...!! haha
Hahahaha...!! pecah perut aku! ;-D
Post a Comment