boss gua sudah letak jawatan.... hehe....!! sebenonya, kita orang dah suspek dah perkara nih akan berlaku... mana taknya... sejak dua menjak nih, boss tu ala2 macam kurang berminat utk mengambil kira apa yg berlaku pada customer2 yang kira org jaga... tak tanya updates, tak ambil kira kalau minit2 mesyuarat dgn customer tidak di hantar, kurang persoalan2nya mengenai apa yang sedang berlaku, dan terutamanya (soalan kegemarannya...) "Bila PO (Purchase Order) nak masuk....?" Pelik gak... maka bermulalah spekulasi2 di opis mengenai kedudukan beliau...
Oleh kerana kita org kat opis nih memang jenih kepochee dan mempunyai ciri2 Penyiasat Persendirian (memang dilatih dan diajar supaya boley mendapatkan maksimum informasi mengenai customer2 yg dijaga... :)), maka kami pun bermulalah menelefon ke kiri dan ke kanan (terutamanya ke ibu pejabat) utk mendapatkan informasi2 sensasi yang terkini.... hehe...
Rupa2nya, memang ada desas desus mengatakan yg dia akan ciao.... kononnya, "Boss Besar" (di ibu pejabat) kurang senang dgn prestasi yg ditonjolkan... maka kerana perkara ini telah berlanjutan hampir setahun, dan ada lah pulak malaun2 yg memberikan laporan2 kurang menyenangkan kepada "Boss Besar" (bukan kita org, k... tapi deme yang kadang kala bekerja bersama2 boss gua nih di ibu pejabat... Kita org kepochee jer, tapi nak sabo boss sendiri,... er... tak la kut...), maka "Boss Besar" (di ibu pejabat) dgn hormatnya telah bypassed "Boss Sederhana Besar" di Dubai, dan menjemput boss gua nih (dgn penuh tulus ikhlas, dan "tanpa segan silu") utk meletakkan jawatan... perghhhh...!!! Sensasi kome cerita nih...? hehe...
kita org sudah merasakan sesuatu yg tidak kena hampir 2 bulan lalu... oleh kerana desas desus dan khabar angin yg kurang menyenangkan, maka one fine day (sebulan lepas), gua pegi jumpa "Boss Sederhana Besar" (boss kepada boss kat Dubai nih), dan dgn direct nya gua tanya, "Boss gua nih nak ciao ker...?" Tapi "Boss Sederhana Besar" menafikannya dan dia kata Boss gua nih ada hal2 persendirian yg perlu diselesaikan... OK, gua terima jer...
Tup, tup... penghabisan minggu lepas (masa gua kat Damascus), satu emel rasmi dikeluarkan menyatakan yg boss gua nak ciao.... Penuh drama wehhh...!! haha...
Depa dah start dah proses utk mencari pengganti boss gua nih... Gua buat dek jer... Business as usual... buat kerja gua semana bagus yg boleh... Sebab gua pun, tengah rancang2 nak ciao (mencari jawatan yg lebih bagus..., siapa tak nak weh...!! :))....
Boss gua ciao 6 Mac nanti... gua rancang nak meletakkan jawatan tengah bulan Feb... (notis perletakan jawatan 3 bulan woo...). Tak tahulah camna gayanya nanti (terutama reaksi "Boss Sederhana Besar" kat Dubai nih.... apa nak buat... Bak kata "Boss Sederhana Besar", "C'est la vie..!" - that's life...
Maka rebahlah seorang "Perwira"? Errr.... "Perwira" ke...? Gua, no komen...
Apa2 hal, satu yang menarik, boss gua nih dah kerja dgn kompeni nih selama 9tahun... Maka mengikuti undang2 sumber manusia di Dubai, dia akan mendapat wang gratuity sebanyak 9 bulan (satu tahun kerja, satu bulan gaji...)...!! Perghhhh.....!! Enjoy katak tuh...!! haha...
Semalam dia bagitahu yang dia dah dapat kerja baru... Kerja baru pun kat Dubai Internet City gak.... Jangan dia masuk kompeni "Du" sudah....!! Itu gua punya customer tuh....!! Kalau betul, tak tahulah sama ada dia akan tolong bagi bisness kat kompeni nih, atau mungkin dia sakit ati dgn "Boss Besar" yang kat Paris, that dia akan sekat perkembangan2 bisness kita org kat "Du"...
hmmm.... C'est la vie... Carpe diem...!!
ciao cincau bacau...!!

















