Friday, May 15, 2009

Rimau Kerinchi.... antara mitos dan realiti... (bual2 kosong)

Bapak rimau


Mungkin tak ramai yang tahu, tetapi orang Kerinchi selalu dikaitkan dgn Harimau Jelmaan... ada yang mengatakan yang Orang Kerinchi mempunyai satu amalan silat yang mana mereka boleh bertukar menjadi harimau apabila tiba masa2 yang diperlukan... ada juga yang mengatakan bahawa orang Kerinchi mempunyai saka Harimau...

Even though, I am not that far away from my Kerinchi roots (3rd generation in Tanah Melayu, Moyang dtg berdagang dari Kerinchi ke Langkawi...), somehow adat2, amalan2 atau dongeng2 Kerinchi memang tak pernah diturunkan ke kami anak beranak... I believe that it is simply because they were never transferred/diturunkan to my grand dad or even less to my dad... Practical reasons may be... Masuk kandang kambing, kita mengembek, masuk kandang kerbau, kita menguak... But, sometimes, while day dreaming, you wonder how it is in Kerinchi...


anak rimau

according to my dad, orang Kerinchi ada ilmu rimau jelmaan... Harimau menjadi binatang belaan, dan apabila perlu, akan diguna sebagai binatang tunggangan utk ke merata tempat. dgn kekuatan harimau, pergi dari satu tempat ke tempat yang lain menjadi perkara yg mudah...

my dad also says that this ilmu harimau jelmaan is actually ilmu mempertahankan diri... Ianya hanya digunakan semasa kecemasan... di dalam masa2 kesesakan, seorang Kerinchi and bertukar menjadi seekor harimau utk mempertahankan dirinya....



rimau jinak

I was just curious to know more about this Kerinchi culture, and did some "Googling", and found below infos at "Sembang Kosong : a place of horror" Well, this is not a serious website, so have to read the infos with a big pinch of salt...:)


SAKA HARIMAU

benda ni banyak orang telah salah tafsir sebenarnye..aku sendiri berketurunan kerinchi..asal saka harimau ni sebenarnya bukanlah satu unsur yang dikatakan sebagai benda halus..tapi ia adalah satu kemahiran yang digunakan oleh orang kerinchi untuk mengawal kawasan tanaman atau kampung dari diceroboh oleh pihak lain.
rimau ganas

orang kerinchi adalah dari golongan petani..kerja sehariannya ialah berdagang dan bercucuk tanamlah..tapi akibat dari gangguan pihak bugis..jadi orang kerinchi terdesak untuk mempelajari ilmu menjinakkan binatang..binatang yang paling sesuai untuk menjaga kawasan masa tu adalah harimau..sebab kalo setakat anjing sape-sape pun boleh bela.

cerita menggatakan orang kerinchi boleh jadi rimau mula tersebar apabila orang bugis ingin merompak perkampungan orang kerinchi..tapi diorang jadi gerun sebab apa yang diorang nampak pada waktu malamnya terlalu banyak harimau yang berkeliaran..takde satu kelibat manusiapun yang kelihatan..itulah sangkaan orang bugis orang kerinchi ni dah jadi harimau..harimau juga menjadi tungganggan orang kerinchi pada masa itu..ilmu yang dimiliki terlalu hebat..pergerakan harimau ketika itu dikatakan bergerak hampir pada kelajuan 60mph..itu aku pun kureng pasti..ilmu orang dulu-dulu,sape tau kan...tapi yang benarnye orang kerinchi bukan harimau jadian..harimau itu sendiri adalah suruhan orang kerinchi..untuk pengetahuan,ada juga golongan yang telah salah guna ilmu ini dan terciptalah kononnya diorang bleh tukar jadi rimau,hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu..tapi semua tu berlaku hampir beratus tahun yang lalu..sekarang mungkin ada yang mengamalkan lagi..generasi aku yang terakhir mengamalkan ilmu tu ialah moyang kepada moyang aku..itulah ceritanye.

rimau kekenyangan...:)



so that's about it...

hmmm... maka kononnya, gua got saka rimau laaa...?

or got like... hari-hari mau one....!! kah kah kah...!!
apa2 sajalah Labu....!!!

5 comments:

hai said...

Salam ziarah,
citer pasal rimau ni teringat kisah2 Tamar Jalis..dan Waris jari hantu..
saya dengar je,org yang pernah nampak harimau ni citer,rimau ni bukan cam rimau biasa,rimau ni sebesar kerbau...bukan setakat org kerinchi saja yg ada ilmu ni...malah org rawa,minang dan sewaktu dengannya pon, tapi ilmu ni memang di bawa dari seberang,
dan untuk menjaga kawasan mereka...lagipun dulu malaysia ni hutannya terlalu tebal untuk diteroka...

PUTUBAMBU said...

oh gitu..

ni kiranya..mengaum sajalah yek kerojenya? ekekkee..

ish..takut lah nak dekat ngan hang..

akuanaksemerap said...

nak tau ttg orang kerinchi mai lar datang ke Kg Sg Lui, Hulu Langat. kt sini masih ramai org2 tua yg tau ttg kisah rimau kerinchi...

akuanaksemerap said...

nak tau ttg rimau kerinchi mai lar datang ke Kg Sg Lui, Hulu Langat.. kt sini ada org tua2 yg tau..

intantuty said...

aku pun 3rd generation of Kerinchi..aku dah lupe pun pasal Kerinchi/harimau jadian sume ni coz abah aku juz cite ms aku kecik2..baru2 ni aku ke Bukit Tinggi, daerah Padang sebab nak ambik material untuk online butik aku..jejak kaki je,tetiba teringat abah aku cakap yg kg atok aku is kat Bukit Tinggi,Indon..tp aku confuse sbb kat sana sumenya adat budaya minang,kerinchi tu ape pulak?Sampai KL balik, aku surf the net pasal Kerinchi n jumpe blog ko ni..thx la coz ingatkan aku balik asal usul keturunan Kerinchi..