Tuesday, June 24, 2008

Ada hantu kat Dubai....??

true story, experienced by fellow Malaysians in Dubai... took the below extract from : http://dperantauan.typepad.com/dperantauan/2008/06/ada-hantu-bang.html#more

Ada Hantu bang!

Malam tadi sebelum ke masjid untuk solat Isya' terima panggilan. Panggilan yang pada awalnya nak d pendekkan menjadi panjang.

"Bang, ada kenal tak sesiapa yang biasa dengan benda-benda halus?", tanya pemanggil.

"Apa hal?", aku bertanya.

"Ada kawan-kawan ni ha...dia orang nampak benda yang patut tak nampak", tambahnya.

"Apa dia bendanya", aku nak dapat kepastian. Dia tak mahu bercerita dengan detail. Sekadar sebut benda yang patutnya tak nampak.

Katanya 3 orang yang nampak dalam rumah mereka. Masing-masing masih terperanjat. Ada yang lemah semangat, masih merah matanya.

"Apa yang kamu dah buat?", aku bertanya.

"Kami dah baca Yaasin, tapi kawan sorang tu masih cam tu je bang..".

"OKlah, saya nak Isya' dulu. Bacakan ayat Kursi dan surah Baqarah. Pas Isya' saya call balik". Kita pun bukanlah tahu sangat, sekadar pernah dengar beberapa tips Ustaz dan teman. Boleh jugak refer pada Pak Arab d masjid.

Mujur juga ada yang pernah kena. D kongsi sama treatment. Katanya:

Bacakan Surah Al Baqarah dengan air d sini. D tiup ke air. Minum dan basuh muka dengan air yang dah d bacakan Surah Baqarah. Air lebihan jangan d buang ke dalam tandas. Siram ke luar rumah. Baca juga surah Jin, Dukhaan, As Saffat (5 ayat pertama) dan ayat Kursi. Better baca sendiri, kalau tak mampu pasangkan kaset.

Rupa-rupanya ada kedai d Dubai ni yang menjual bacaan d atas d samping beberapa ayat lain. Kaset ini d jual sebagai menghadapi sihir.

Kalau dah ada d jual sebegitu rupa, maknanya perkara begini lazim jugalah berlaku.

Terlepas peluang melihat Dr. Haron Din hadapi masalah begini jika dia masih d UAE!

it seems that it is not the first time that such thing happens in the building where these 3 guys stay. the phenomenon also explains the reason why there are still a lot of vacant apartments in the building... apa2 sajalah Labu...!!



7 comments:

Syahr-El said...

Huhuhu best... best! Sukanya dengar citer hantu... tapi tak dpt bayangkan la mcmana rupa hantu Arab... dah terlalu used to the colloquial Malaysian and Indonesian ghosts... errr orang Dubai ada produce filem citer antu tak?

Kembara Musafir said...

iyolah tuh si Kal El nih.... kang bila jumpa dgn hantu betul2 kang baru pdan muka... camna rupa hantu Arab? hmmm... pakai Jubah/abaya koyak rabak kut..? atau sama cam hantu pochong...?? hahaha... UAE tak banyak produce film, semua mari from the West, Bollywood, Egypt & lebanon mainly... ceghiter hantu, tak tahulah, tak pernah nampak pun... jarang sgt tengok channel Arab... tak paham, no translation...

Anonymous said...

erkk????? HANTU ARAB??? mcm mana rupanya eh? sure mcm Djin Aladdin tu kan?? serammmm...*sambil bulu roma meremang...ishhh

Kembara Musafir said...

Yazrie, kena gi jumpa geng2 yg dah nampak tuh tanya camna rupa antu arab nih... curious gak... ganas ke tak ganas? jantan ker betina...? intriguing.... sudah, jgn nak dok ceghiter seram tak seram... kita duk sorang2 skrng... trying not to think too much about it.... hehehe...

Anonymous said...

eeeeiiiiiiiii......seraaammm lah kalau dok sorg2 mcm tu..ish...

Kembara Musafir said...

Yazrie, sudah...!! jgn nak diingat2kan aku pasal benda tuh.... kang aku hantar satu team hantu pochong ke rumah ko kang...!! hahaha...!!

Anonymous said...

hehehehehehehe....eeeeeeeiiiiiiiiiii....tetiba teringat kisah serammm